Jumaat, 26 Ogos 2011

TERASING

Yer...memang daku masih terasing dengan kata hati sendiri...ketetapan sudah kukuh sebenarnya...namun bagai merpati lagaknya,tidak sama sekali daku menghukum dengan kata-kata...kerana memang itu selayaknya...

seketika mampu jadi kekal untuk selamanya...simple namun berharga...kenyataan yang makin kabur dan sentiasa ligat bagai sfera perjalananya...tampak lurus dan teratur,tapi hakikatnya bukan sebegitu wahai dunia...ingin sungguh daku menjerit meluahkan segala yang terpendam.....oh masih kekal tersekat di keronkong cuma,AKAL dan IMAN masih tebal dan kukuh bagai dipasak bak gunung yang memaku bumi...

sekelip mata membuatkan segalanya serba tidak kena...hati bagai digoncang kuat serta kemas...sesak menahan tapi pening celaru bercampur di akar umbi ....

malam ini bagai satu nafas baru sedikit demi sedikit meresap...sedihnya cuma satu,ada pasang surutnya....perlukan suasana yang bukan baru tapi hati berkata

"YA...YAKINKAH KAMU DUHAI HATII..."

sakit sebenanrya bila hakikat yang terbentang tidak mampu unuk dirungkaikan...kata orang sekeliling

"ITU CUMA SATU KEBIASAAN..."

lagi

"MUNGKIN RASA YANG HADIR TU SEKETIKA SAHAJA.."

separuh nyawa bagai hilang melayang seketika...terkejut dengan jawapan yang diterima....sungguh terasa kerdilnya hati dan diri dipandangan mata sekalian manusia....

SATU YANG MASIH KEKAL DIHATI....SYUKUR DAKU MASIH PUNYA ALLAH....IMAN DAN ISLAM...

SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH....ALLAHUAKBAR....

ISTIGHFAR BERSAMA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan